Saya baru belajar buat blog ini. Saya sangat mengalu-alukan teguran dan nasihat dari para pelawat semua. Jika anda mahu mendengar ayat suci Al-Quran anda perlu offkan Berita dan juga radio nasyid dibawah laman ini.Terima kasih daun keladi kalau sudi lawatlah lagi.

Join Group Pelajar PLUMS Sandakan

Subscribe to plums2005-2009

Powered by us.groups.yahoo.com

Jumaat, 9 Mei 2008

kuih bang..

> Beautiful story.....

>

>

> Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke

> K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan

> lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

>

> Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir

> pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia

> lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

>

> 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera

> menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak

> apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

>

> Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih

> kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri

> pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,

> dia berlalu begitu saja.

>

> "Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa

> menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi

> ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

>

> Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di

> meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak

> nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik." Molek budi

> bahasanya!

>

> Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya

> bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan

> dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

>

> Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun

> orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Sel epas membayar harga

> makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu

> saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka

> pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya

> menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia

> menghadiahkan sebuah senyuman.

>

> Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih

> kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya

> untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali

> sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan

> menyelak daun pisang penutupnya.

>

> Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian

> di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah

> RM10. Saya hulurkan padanya.

>

> " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya

> berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

>

> Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima

> kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira

> dapat membantunya.

>

> Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah

> terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10

> pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua

> matanya.

>

> Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil

> kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa

> adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!"

> kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

>

> "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu

> saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah

> berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit

> sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.

> Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat

> bang!" katanya begitu lancar.

>

> Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.

> Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam

> bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma

> mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas

> dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan

> RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

>

> Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam

> perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya.

> Anak yatim kah??

>

> Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya

> katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana

> rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu

> penghormatan.

>

> Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn

> saya, siapa kita sebenarnya!!! --- .................................

Tiada ulasan: