Saya baru belajar buat blog ini. Saya sangat mengalu-alukan teguran dan nasihat dari para pelawat semua. Jika anda mahu mendengar ayat suci Al-Quran anda perlu offkan Berita dan juga radio nasyid dibawah laman ini.Terima kasih daun keladi kalau sudi lawatlah lagi.

Join Group Pelajar PLUMS Sandakan

Subscribe to plums2005-2009

Powered by us.groups.yahoo.com

Sabtu, 21 Jun 2008

Warkah Untuk PM

Salam, jika anda semua rasa tertekan dengan masalah kenaikkan harga barang sekarang ini dan jika anda ada cadangan yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini, marilah sama-sama kita kemukakan masalah tersebut kepada kerajaan semoga kerajaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas masalah kita tersebut.Clik dan isi borang tersebut.www.warkahuntukpm.com.my

Selasa, 10 Jun 2008

Harga Barang Naik lagi jadi berjimatlah

Cara-Cara berjimat
1. Jgnlah dok membeli bende yang bukan bukan. Example, baju yg bertimbun timbun tu. Tensi okies. Akak tensi.
2. Jgn dok spend bende yg bukan bukan jugaks..memakan bende bende yg luxurious..ahaks!! what's that. X yahlah nak gie makan kat Friday's ka, Coffee house ka. Rentikanlah..
3. X yah nak beli make-up yg mahal nak amatss..!!

Dan setelah dicongak congak if next month pun kalau dapat menyimpan pun it's about ciputss je. Hisk!!.. x pelah, atleast i cubakan. Rather than nothing. Actually, kite dah kena start insaf sikit. Jgn spend bende yg x berapa penting. Ini asyik spend spend spend.

Sabtu, 17 Mei 2008

Tugasan Individu En Yuzaini

Dari pukul 8.00 malam sampailah pukul 5.00 pagi aku tak tidur siapkan tugasan tersebut..penatnya..esok ada kelas lagi..

Jumaat, 16 Mei 2008

Terjemahan Soalan Tugasan Individu En Yuzaini

Soalan
1. Terangkan bagaimana UMS boleh memberi servis kepada pelanggan melalui web?
2. Adakah mykad selamat dan terjamin dari segi keselamatan dan kawalan?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan laman WEB?
4. Terangkan proses bagaimana membuat website dan bagaimana untuk muat naik ke internet?

Selamat menjawab..ingat hantar sebelum 18hb Mei ini..

Perubahan Jadual Exam HT 18

Untuk makluman kawan-kawan semua exam bagi subjek Pengenalan Teknologi Maklumat (En. Yuzaini) telah ditukar pada 29hb Mei 2008. Harap Maklum.

Khamis, 15 Mei 2008

Lega Rasanya

Tepat pukul 3.00pagi kejap tadi siaplah tugasan aku satu.Lega rasanya..ada 2 lagi tugasan perlu aku siapkan..malam esokla aku buat..mengantuk dah ni..esok kerja lagi..nanti tak cukup tidur..susah gak..exampun dah dekat dah..

Selasa, 13 Mei 2008

Kuiz PLUMS dari Dr Fairul

Saya masih lagi belajar buat kuiz ini.Jika anda ingin menjawab kuiz tersebut sila klik pada PLUMS

Isnin, 12 Mei 2008

Dah Habis dah exam muet

pagi tadi dari 7.30pg sampailah 10.00pg aku exam muet..Syukurla dah habis exam muet..harap-haraplah dapat band 3 nanti..sekarang aku nak siapkan tugasan individu dan juga kumpulan ada 3 lagi tugasan.24hb ni dah star final exam sem ni..kerja pejabatpun banyak lagi..pening-pening..bekorbanlah untuk masa depan aku dan famly dan juga negara..

Jadual Exam PLUMS HT18 2005

Anda boleh muat turun jadual exam dan juga surat pelepasan exam di laman berikut:-

http://www.box.net/shared/zby0ppjc4g

Ahad, 11 Mei 2008

Hari Isnin Yang Membosankan

Salam...bosan betul aku klu hari pertama kerja..tapi takpela..kerja jugalalah..dah tanggungjawab..

Sabtu, 10 Mei 2008

Kerja Oh Kerja..

Malam ni aku kena buat kerja lagi..kerja kuat..tapi habukpun takde..takpela..janji kita kerja ikhlas kerana Allah..aku bukan mengeluh atau tak bersyukur..tapi aku sendiripun tak faham..

Jumaat, 9 Mei 2008

Hari ini aku Exam MUET

Entahlah..pening betul aku ari ni..dahla pagi tadi bangun lewat..terus mandi, solat subuh..bersiap hendak pergi exam MUET..makanpun tak sempat..bergegas ke batu 12 Sandakan, sampai je di sekolah terus exam..aku ditempatkan bersama-sama pelajar sekolah..ramai juga geng tua-tua ambil MUET hari ni..seratus orang lebih..sampai petang aku x makan..lapar dah sekarang ni..nak balik makanpun nak tunggu c Daiman dulu ni..kat sepilok aku sekarang..aku sangat berharap MUET aku nanti dapat band 3...doa-doakan lah aku ya..

Airmata Seorang Isteri

“Kau jugak yang degil. Dulu abah suruh kau kahwin dengan si Malik tu tapi kau tak nak. Kononya hati kau belum terbuka lah itu lah ini lah. Kau nak sangat budak keparat tu. Kau tengok sekarang apa jadi. Huh. Dasar Penyangak! Kalau kau kawin dengan Malik, kau dah jadi bini Ustad sekarang.”

“Mak dah nasihat pada kau dulu. Ita tak nak dengar. Ita nak juga sehidup semati dengan si Kamal tu. Kau kata kau boleh ubahkan perangai dia? Sekarang apa jadi? Mak kesiankan Zizi. Budak tu tak berdosa tapi asyik jadi sasaran panas baran suami kau tu.”

“Mak, Abah! Itu kan semua dugaan Tuhan. Masalah Ita tahulah Ita selesaikan. Lagipun abang Kamal tetap suami Ita yang sah kan? Dah lah Mak, Ita datang ni pun pasal si Zizi dah rindukan neneknya. Ita balik dulu ya Mak. Nanti abang Kamal balik Ita tak de rumah pula.”

“Susah-susah kau tinggalkan sudah si Kamal penyangak tu. Daripada hidup kau sengsara lebih baik berjanda!”

“Abah!”

Ita terus mengangkat kaki lalu keluar dari rumah Bapanya, Pak Leh. Ita tidak sanggup mendengar cemuhan dari ibu-bapanya. Ita sedar dia yang telah memilih pasangan hidupnya sendiri dan akan menanggung setiap apa yang terjadi padanya hanya kerana cintanya yang lama terjamin sewaktu berada di bangku sekolah lagi. Ibu-bapanya tidak merestui perhubungan antara Ita dan Kamal. Namum, Ita tetap berdegil dan mahu sehidup semati dengan Kamal yang kini sudah menjadi suaminya selama 9 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata Zizi yang berumur 8 tahun.

Ita tidak sangka perangai suaminya semakin teruk. Dahulu, sewaktu bercinta bermacam-macam Kamal janji pada Ita. Kamal berjanji akan menjaga Ita dan membina sebuah mahligai yang bahagia bersama Ita. Ita, yang asyik mendengar kata-kata manis, berbunga-bunga dari mulut Kamal terhasut lalu sanggup hidup semati dengannya walau apa pun terjadi.

“Ita, Kamal terlalu mencintai Ita. Kamal tak sanggup berpisah dengan Ita. Kamal janji Kamal akan membahagiakan hidup Ita. Kita kahwin eh Ita?”

“Bu, Bu,” Zizi, anak Ita mengejutnya dari lamunan.

“Ibu kenapa nangis?”

“Tak ada apa- apa sayang. Yok balik. Kita naik teksi aje lah,” Ita mengesat air matanya.

*****************************

“Eh, Abang dah balik? Mak dan Abah kirim salam,” kelam kabut Ita salam Kamal sesampainya di rumah.

“Eh Ita! Kau tak reti duduk rumah eh? Aku balik dah berapa jam, kau masih di luar merayap! Pergi rumah Mak tu buat apa? Ngadu hal rumah lah tu?” Kamal meninggikan suara.

“Zizi rindukan nenek dia. Jadi Ita pergi sekejap. Ita ingat abang balik malam?”

“Dah aku nak keluar!”

“Abang tak solat Jumaat ke?”

“Eh Pompan! Kau jangan nak sibuk-sibuk dengan hal aku eh. Aku nak sembahyang ke tak nak tu aku punya pasal!” Kamal menghentak pintu lalu keluar dari rumah itu.

Ita kecewa. Sungguh kecewa kerana gagal membentuk suaminya yang tidak pernah kenal erti ibadah. Pergelokan hidup Kamal dilumuri dengan dosa. Tapi apakan daya Ita. Sebagai isteri dia harus mematuhi perintah suaminya dan sentiasa berada di sisinya.

“Bu, Bu, bangun. Ayah mabuk lagi ke bu? Bu, Zizi takut. Nanti ayah pukul Zizi,”

“ZIZI! Kenapa mainan kau letak di sini? Nak Ayah buang. Sini kau budak!” jerit Kamal lalu mencampakkan anak patungnya ke arah muka anaknya itu.

“Abang! Kalau nak marah Ita pun jangan lepaskan pada anak kita. Abang, Zizi masih kecil bang. Belum tahu erti kehidupan. Janganlah abang jadikan dia sebagai sasaran. Pukul Ita jangan pukul Zizi Bang,” Ita membela Zizi lalu memeluknya.

“Pergi Mampus dengan anak kau tu!”

Ita tidak mampu berbuat apa-apa. Anak yang kecil itu sentiasa dijadikan sasaran lelaki yang tidak bertanggung jawab itu. Setiap hari, Kamal pulang dengan keadaan mabuk. Arak yang diminumnya sudah menjadi air sehariannya. Untuk memburukkan lagi keadaan, nafkah tidak pernah diberi kepada anak bininya. Setiap pekerjaan yang dilakukan pasti tidak bertahan lama. Majikannya semua tidak tahan dengan perangai Kamal yang panas baran dan asyik dengan araknya yang berbotol-botol.

******************************

“Kenapa dengan pipi Zizi? Zizi kena pukul ke?” tanya guru sekolah Zizi.

“Semalam Zizi jatuh cikgu. Cikgu, Zizi nak balik. Ibu dah tunggu di luar. Bye Cikgu.” Zizi cuba menyembunyikan hal sebenar yang dia telah dipukul bantai oleh bapanya, Kamal.

“Bu. Tadi cikgu tanya kenapa pipi Zizi lebam.”

“Zizi cakap apa dengan cikgu?”

“Zizi kata Zizi jatuh. Kan ibu cakap tak baik burukkan keluarga sendiri?”

Ita memeluk erat Zizi.

“Ya nak. Macam mana jahat pun ayah Zizi, dia tetap ayah Zizi kan? Zizi berdoa ya nak semoga ayah Zizi berubah.”

Ita tidak dapat menahan sebak melihat anaknya Zizi yang sentiasa dipukul oleh Kamal. Ita pasrah. Ita tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk berubah suaminya. Ita juga kesal kerana biarkan anaknya Zizi menjadi korban perangai buruk Kamal. Ita tidak mampu untuk melawan suaminya yang sangat dicintai. Ita, yang bersifat lembut sentiasa berdiam apabila dimarahi suaminya. Sampai bila Ita mampu bertahan dengan kehidupannya ini?

“Abang, maafkan Ita kalau Ita bertanya suatu perkara?” Ita cuba berbaik dengan suaminya pada suatu malam.

“Apa dia?” tanya Kamal ringkas sambil membaca suratkhabar.

“Abang, Ita tahu sebagai isteri Ita harus patuh pada cakap suami, tapi Ita harus tegur abang kalau abang silap.” Kamal meletakkan suratkhabarnya lalu merenung tajam ke arah isterinya itu.

Ita tunduk, takut melihat tenungan suaminya yang garang itu.

“Abang, bertaubatlah bang. Kita hidup tak lama. Kalau boleh, demi Ita, demi Zizi abang buanglah tabiat minum arak tu. Kembali pada Allah bang,” Ita menahan sebak.

“Abang kami semua sayangkan Abang,”

Sebelum Ita dapat menyambung perkataanya Kamal menyampuk.

“Ita! Ini kehidupan aku. Aku beri kau amaran. Kau jangan cuba nak nasihat aku. Pergi Jahanam dengan kau punya ibadah! Kalau kau dah tak tahan kau boleh keluar dari rumah ini!” Kamal mengangkat kaki lalu keluar dari rumah itu.

Sikap Kamal yang tidak suka ditegur membuat Ita semakin pilu. Ita pasrah.

“Oh Tuhan. Kau bukalah hati Suamiku untuk kembali ke pangkal jalan. Aku tidak sanggup hidup dengan penderitaan ini,” Ita menangis.

“Bu,” Zizi muncul di pintu bilik Ita.

“Zizi!” Ita memeluk anaknya.

“Bu, Zizi benci ayah. Yok kita pergi rumah nenek bu?”

“Tidak nak. Bersabar ya nak. Sudah nasib kita macam gini nak. Zizi sentiasa berdoa ya nak. Zizi minta ampun pada Allah atas dosa ayah Zizi. Zizi minta Allah tolong Zizi dan Ibu ya nak,”

Anak sekecil 8 tahun itu terpaksa menjalani hidup yang begitu seksa, sentiasa dipukul, dimaki hamun oleh seorang bapa kandung yang tidak berkerimanusiaan, tanpa belaian kasih sayang dari seorang bapa. Ibunya sahaja yang dapat Zizi mengadu. Namum, walaupun mereka hidup dengan penuh kesengsaraan, Ita tetap bersabar dan sentiasa mengajar anaknya untuk kembali pada Allah swt.

******************

Pada suatu malam ketika Kamal baru pulang dari kedai Kopi, Kamal terdengar suara anaknya di dalam bilik Zizi. Kamal membuka pintu bilik Zizi.

“Oh Allah. Tolonglah Zizi. Ampunkan dosa ayah Zizi. Jadikan dia seorang yang baik. Kesiankan lah Ibu, Zizi,” Zizi, dengan telekung membungkusi tubuh kecilnya itu, duduk di atas sejadah kecil, menangis tersedu-sedu sambil menadahkan tangannya berdoa yang pernah diajar oleh Ita.

Kamal mendekati Zizi. Tangan kecil yang sedang menadah itu basah dipenuhi air mata seorang insan yang tidak berdosa. Tiba-tiba, Kamal menistiskan air mata yang jatuh ke atas kepala anak kecil itu. Hati kecil lelaki ego itu tersentuh dengan doa anak yang telah dipukul, dimaki hamun. Muncul perasaan kesal di lubuk hati Kamal.

Air mata anaknya telah membuat Kamal sedar. Kamal merendahkan tubuhnya ke arah Zizi. Kamal terus memeluk Zizi lalu meraung.

“Maafkan Ayah Zizi. Maafkan Ayah. Ayah janji tak buat lagi nak,” Kamal tersedu-sedu.

“Zizi sayang Ayah!”

Air mata seorang insan yang masih belum faham erti kehidupan, yang menjadi korban seorang ayah yang zalim telah merubah segala-galanya. Telah membawa seorang manusia durjana ke pangkal jalan. Begitu kuat kuasa sesebuah doa kepada Allah s.w.t

Cita-cita Sham

“Girls!! Kau tengok mat yang baru masuk gate tu. Cun lah. Eh ini mesti budak year one.”

“Aah lah. Fulamak! Power. Tak pernah aku nampak lelaki cun macam gitu. Eh budak year one ke? Manalah tahu dia cuma pelawat aje.”

“Tak lah aku rasa dia budak year one. Kau tengok tu dia bawak file lambang kolej nie.”

“Hoi. Mentel eh korang semua. Dah gi masuk, kuliah nak dekat mula,” teriak Siti.

“Pakcik boleh saya tumpang tanya? Bilik Kuliah Satu dimana?” tanya Sham kepada Pak Selamat, penjaga Kolej Townsville itu.

“Awak budak tahun pertama ya?”tanya Pak Selamat

“Ya Pakcik.”

“Ok awak naik tingkat tiga lepas itu belok kiri. Nama awak siapa?”

“Nama saya Sham.” Jawab Sham lalu menghulurkan tangannya ke arah Pak Selamat.

“Oh. Nama pakcik selamat budak-budak di sini panggil pakcik Pak Selamat.”

“Oh Pak Selamat. Ok lah Pakcik saya hendak naik dahulu ya. Dah lambat ni. Terima Kasih ya Pakcik. Jumpa lagi.”

Pada hari itu adalah hari pertama Sham mula pengajiannya sebagai guru pelatih. Inilah langkah pertama untuk mencapai cita-citanya iaitu sebagai seorang guru. Sesampai sahaja Sham ke bilik kuliah, ramai penuntut tahun pertama sudah pun berada di tempat masing-masing. Sham berjalan dengan perlahan menuju ke tempat kosong di belakang kuliah. Sambil berjalan ramai mata sedang memandangnya. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.

“Hensemnya budak ni. Macam Brad Pitt!”penuntut lain berbisikan.

“Eh. Dia ni melayu ke orang putih? Muka putih melepak.”

“Entah-entah dia sesat tak?” mereka ketawa sesama sendiri.

“Assalamualaikum Semua”Cikgu Samad memberi salam.

“Wa’alaikumsalam.”

“Nama saya Samad. Selamat datang ke kolej Townsville. Ini semua bakal-bakal cikgu ya. Ok hari ini kamu semua akan diperkenalkan kepada kolej dan akan diberi jadual masa belajar masing masing. Hari ini juga kita akan berkenalan dengan satu sama lain. Baiklah mula dari awak,” Cikgu Samad menunjuk pada penuntu yang duduk di depan sekali.

Sham penuntut terakhir untuk bangun dan memperkenalkan dirinya.

“Nama saya Sham. Saya berumur 22 tahun. Sebelum saya ke sini saya bekerja sebagai seorang pramugara di Singapore Airlines.”

Beberapa pasang mata terbeliak mendengar penjelasannya.

“Oh Pramugara rupanya. Patutlah hensem gila,” kata-kata yang dibisik oleh penuntut lain.

“Oh pramugara. Kenapa awak bertukar angin pula?” tanya Cikgu Samad.

“Saya lebih berminat kerjaya seorang guru.”jawab Sham ringkas.

“Bagus Sham awak telah memilih suatu kerjaya yang amat mulia. Kamu semua mesti bershukur kerana mendapat tempat di sini. Kerjaya sebagai seorang guru banyak faedah dan nikmatnya. Tak payah lah saya bersharah panjang lebar satu hari nanti awak akan faham.”

*************

“Oi Sham. Mengurat anak dara orang aje. Jom ah gi makan.”teriak teman teman Sham yang sedang menunggu di dalam Van.

“Kau ni tak boleh tengok aku senang lah. Relaks lah brother. Tak nampak ke aku tengah berbual dengan Siti.”

“Cepat lah kalau tidak kita orang tinggalkan.”

“Kecoh ah korang. Ok!Ok! kejap lagi.”

“Siti nak ikut Sham pergi makan tak?”

“Tak pe lah Sham, Siti nak pergi makan dengan Idah” jawab Siti penuntut tahun kedua di kolej itu.

“Eh Siti belum kasi no telefon Siti kan. Tak Sudi ke?” tanya Sham.

Siti hanya tersenyum. Lesung pipitnya terserlah bila dia mengukir senyuman itu. Senyuman itu lah yang memikat hati Sham.

“Ok lah Siti ambil no telefon Sham. Bila free call Sham ya. Ok Siti jumpa lagi esok.”

“Amboi Cik Siti. Ulat bulu dah naik daun nampak?” usik kedua-dua teman Siti, Idah dan Ayu.

“Kau jaga-jaga sikit Ti. Si Sham tu Ulat bulu, Mata keranjang kaki perempuan.” Nasihat Idah.

“Kau ni jangan tuduh orang sembarangan. Sham tu ok apa. Lagipun orangnya cute. Rugi kalau lepaskan lelaki tampan macam tu tau. Aku tahu kau cemburu pat aku kan?” Siti cuba mempertahankan Sham.

“Aah lah Idah. Kau kasi lah Siti peluang. Siti Cun Sham Cute sajaklah tu. Dah lah jom gi makan. Perut aku tengah main keroncong.” Ayu mencerlah.

*********

“Hi Sham. Baru sampai?” tanya seorang teman sekolahnya Ain.

“Ye Ain. Baru sampai. Awak tak masuk sekolah lagi ke?” jawab Sham sambil tersenyum simpul

“Tunggu awak lah,” gurau Ain.

“Ye lah tu dah yok masuk kuliah.”

“Awak berdua kenapa lambat? Pergi dating eh?” gurau Cikgu Samad.

Semua kelas ketawa mendengarnya.

Semenjak Sham menjejak kaki ke sekolah itu, ramai penuntut wanita di situ tertarik dengannya. Wajah Sham memang lawar. Rambutnya disikat rapi. Pakaiannya sentiasa kemas. Mukanya putih dan licin. Pokoknya dialah penuntut lelaki yang paling lawar. Tapi hanya satu keburukan Sham yang ada juga tidak menyukainya. Sham gemar mengacau perempuan. Pantang dia lihat perempuan berdahi licin pasti dia cuba menguratnya. Di kolej itu sudah berapa ramai gadis telah menjadi pasangannya tapi hanya sebentar sahaja. Setiap kali dia melihat gadis lain yang cantik dia akan memutuskan perhubungannya dengan kekasihnya dan menjalin ikatan dengan yang lain. Perbuatannya itu membuat dirinya tidak disukai oleh ramai. Namun, masih ada juga perempuan yang masih mahu cuba memikatnya. Teman-teman lelakinya pula selalu bersamanya untuk berkenalan dengan perempuan memandangkan Sham sentiasa dikelilingi perempuan.

Lagipun Sham pandai. Dia sentiasa mendapat tempat pertama dalam setiap mata pelajarannya.

“Eh Sham. Kau ni jaga-jaga sikit. Jangan jadi kaki perempuan. Nanti kena hang satu hari padan muka.” Tegur Abu teman karib Sham.

“Alah kau ni Bu. Aku bukan mencabul kehormatan mereka. Aku masih ada otak lah. Aku cuma.. alah saja-saja aje. Bila aku dapat yang betul betul sesuai baru lah aku melekat pada satu.” Jawab Sham.

“Gasakkau lah Nak asalkan kau bahagia. Ah periksa nak datang kau dah siap ke belum? Eh buat apa aku tanya kau. Gerenti kau pass punya. Otak kau bergeligar. Heran lah aku. Kau ni “playboy” tapi pandai.”

“Abu..Abu… apa kau susah. apa cikgu ajar kau dengar lepas tu dah lah. Kau tu dah siap ke belum. Jangan tak pass nanti tahun depan aku tak jumpa kau lagi susah.”

************

“Jangan buka kertas soalan itu dahulu. Sila tunggu arahan. Tempat duduk ini siapa duduk?” tanya Cikgu Samad di dewan peperiksaan.

“Sham Cikgu.”

“Mana dia?”

“Tak tahu pula agaknya lambat Cikgu.”

“Ingat ya semua sesiapa lambat lebih dari lima belas minit tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.”

**********

“Susah s.eh kertas sejarah Cikgu Samad. Si Sham mesti boleh jawab punya. Eh aah eh aku tak nampak Sham pun dia tak datang ke?” tanya Abu kepada geng-gengnya yang lain.

“Aah lah mana Sham? Dia tak call kita orang pun? Jangan-jangan dia accident tak?”

“Oi mulut nak kena cili eh. Cakap baik-baik sikit. Kau dah cuba telefon handphone dia Abu?”

“Dah. Tak ada orang angkat. Maksud aku dia off hp dia.”

“Eh lain macam aje. Apa kata kita pergi rumah dia.”

“Tapi mana kita tahu alamatnya. Kau selalu hantar dia ke bus stop aje kan.”

“Aah lah. Habis tu macam mana. Eh kau gi minta Cikgu samad alamatnya.”

************

“Ah ini rumahnya. Assalamualaikum.”

Pintu diketuk berkali-kali tapi tiada yang membukanya.

“Assalamualaikum,”mereka memberi salam beramai-ramai mengetuk pintu.

“Lu mau cari itu Sham ah?” seorang lelaki tua berbangsa cina mencerlah.

“Ya apek tahu mana itu Sham pergi?”

“Tadi gua nampak ada ambulans datang bawak itu Sham pergi hospital.”

Teman-teman Sham memandang sesama sendiri..

“Sham masuk Hospital?” Abu tanya Apek itu.

“Gua tak tahu apa pasal tapi gua tahu dia masuk Itu hospital becar punya. Apa itu general Hospital.”

“Terima kasih ya Apek.” Jawab mereka lalu bergegas ke van dan menuju ke hospital.

***************

“Sham!!!” teriak teman-teman Sham bila sampai ke wad Sham.

“Assalamualaikum makcik.”

“Wa’alaikumsalam,” jawab Ibu Sham yang sedang duduk disebelah katil Sham sambil memegang tangan Sham.

“Awak ni semua kawan sekolah Sham ya?” tanya Ibu Sham.

“Ya makcik. Kenapa dengan Sham Makcik?” tanya Abu dengan penuh kehairanan.

“Sham tak beritahu kamu semua ke?”

“Beritahu apa makcik?”

“Sham dihidap bara otak semenjak umurnya 18 tahun. Dia sudah pergi rawatan setiap bulan tapi memang nasibnya begini. Penyakitnya semakin teruk.” Cerita Ibu Sham terisak-isak.

Teman Sham memegang tangan satu sama lain. Mereka tidak sangka sama sekali Sham, lelaki yang ceria dan “playboy” dan juga pandai di kolej itu mengidap penyakit itu.

Mereka mendekati Sham lalu memegang tangan Sham. Sham masih terlantar di katil tanpa bergerak. Bermacam-macam tube dimasukkan ke tubuh Sham. Air mata teman-teman Sham tidak dapat bertahan. Setitik demi setitik mengalir ke pipi masing-masing. Mereka tidak dapat menahan sebak di dada melihat keadaan teman karib mereka. Keadaan Sham semakin teruk. Doktor mengesahkan Sham tidak dapat hidup lama. Baranya telah merebak ke seluruh badannya.Cita-citanya menjadi seorang guru tidak tercapai. Tuhan lebih menyayangi dirinya.

Pemergian Sham menjadi suatu perangsang untuk mereka berjaya dalam hidup. Kecekalan hati Sham menghadapi liku-liku hidup membuat mereka sedar tentang kehidupan. Sham tetap dalam ingatan setiap penuntut di kolej itu. Kini semua penuntut kolej Townsville menjadi seorang guru namun bagi mereka Sham lah guru besar mereka selama-lamanya.

Wang oh Wang

kuih bang..

> Beautiful story.....

>

>

> Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke

> K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan

> lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

>

> Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir

> pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia

> lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

>

> 'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera

> menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak

> apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

>

> Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih

> kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri

> pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,

> dia berlalu begitu saja.

>

> "Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa

> menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi

> ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

>

> Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di

> meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak

> nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik." Molek budi

> bahasanya!

>

> Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya

> bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan

> dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

>

> Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun

> orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Sel epas membayar harga

> makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu

> saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka

> pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya

> menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia

> menghadiahkan sebuah senyuman.

>

> Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih

> kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin ang perlukan kuih saya

> untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali

> sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan

> menyelak daun pisang penutupnya.

>

> Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian

> di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah

> RM10. Saya hulurkan padanya.

>

> " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya

> berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

>

> Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima

> kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira

> dapat membantunya.

>

> Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah

> terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10

> pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua

> matanya.

>

> Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil

> kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa

> adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!"

> kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

>

> "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu

> saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah

> berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit

> sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.

> Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat

> bang!" katanya begitu lancar.

>

> Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.

> Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam

> bakul itu. "Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma

> mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas

> dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan

> RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

>

> Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam

> perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya.

> Anak yatim kah??

>

> Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya

> katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana

> rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu

> penghormatan.

>

> Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn

> saya, siapa kita sebenarnya!!! --- .................................

Diriku...

Isteriku..

sayang...aku amat mencintaimu..jiga ada masa kita kana bersama buat selamanya..